Kapal selam adalah kenderaan yang bergerak di bawah air, selalunya untuk tujuan ketenteraan. Kebanyakan tentera laut "navy" memiliki kapal selam. Kapal selam juga digunakan untuk kajian sains laut dan air tawar dan untuk bertugas di kedalaman yang tidak sesuai untuk penyelam manusia. U-Boat adalah ringkasan bagi Unterseeboot (jika ditakrifkan secara terus ke bahasa melayu bermaksud "bot-bawah-laut") iaitu nama Jerman untuk kapal selam Jerman (mula ditugaskan dalam Perang Dunia I. Salah satu pesawat selam yang lain adalahloceng selam.
Kapal selam saintifik dan perdagangan
Kapal selam saintifik dan perdagangan
Kebiasaannya, kapal selam (submarine) biasanya merujuk kepada kapal selam ketenteraan; pesawat untuk penyelidikan atau perdagangan dirujuk sebagai pesawat selam "submersible". Kapal selam bukan ketenteraan biasanya lebih kecil berbanding kapal selam tentera. Terdapat pesawat selam jenis tanpa enjin yang dipanggil bathysphere. Sebelum bathysphere, loceng selam "diving bell", berbentuk loceng dalam air dengan lantai terbuka. Udara dipam masuk oleh orang di atas kapal bagi membenarkan penyelam tinggal lebih lama di bawah air.
Kapal selam pelancong digunakan kebanyakannya di kawasan pelancungan biasa. Pada tahun 1996, terdapat lebih 50 kapal selam persendirian beroperasi di sekeliling dunia, berkhidmat untuk membawa anggaran 2 juta penumpang setiap tahun. Kebanyakan kapal selam tersebut membawa antara 25 sehingga 50 penumpang pada satu masa dan melakukan 10 atau lebih penyelaman setiap hari. Kebanyakan kapal selam ini meminjam rekabentuk kapal selam penyelidikan, mempunyai tingkap besar untuk penumpang melihat dan meletakkan kebanyakan perkakasan diluar lunas untuk menjumatkan ruang dalaman. Bagaimanapun, tempat duduk kapal selam penumpang juga sempit. Kebanyakannya berkuasa bateri dan sangat perlahan.
Perkembangan yang agak baru, kapal selam kecil tanpa pemandu yang dikenali sebagai kenderaan beroperasi jarak jauh marin - (marine remotely operated vehicles) digunakan secara meluas masa kini untuk bekerja di air dalam atau terlalu merbahaya untuk penyelam. Sebagai contoh, kenderaan beroperasi jarak jauh - ( remotely operated vehicles ) (ROV) membaiki pelantar petroleum luar pantai dan melekatkan kabel kepada kapal karam untuk mengangkat mereka. Kenderaan kawalan jauh seumpamanya disambung dengan tether (kabel tebal yang membekalkan kuasa dan komunikasi) kepada pusat kawalan di atas kapal. Operator atas kapal melihat imej video yang dihantar balik oleh robot dan mengawal kipas dan lengan robot. Bangkai kapal Titanic dijelajah dengan menggunakan kenderaan sedemikian, termasuk pesawat dipandu.
Kapal selam tentera
Kemungkinannya terdapat lebih banyak kapal selam tentera beroperasi berbanding kapal selam jenis lain, walaupun sukar untuk mendapatkan jumlah sebenar kerana tentera laut berahsia mengenai angkatan kapal selam mereka.
Kapal selam amat berguna kepada tentera kerana ia mampu menghampiri mangsa mereka tanpa dikesan, kemudian menyerang pada jarak dekat. Banyak perhatian diberikan dalam rekabentuk kapal selam untuk membolehkan mereka bergerak dalam air secara senyap untuk menghalang ia dikesan oleh kapal musuh dan kapal selam.
Kapal selam moden berbentuk cerut. Reka bentuk ini yang dikenali sebagai "badan titisan air", direka menurut badan ikan paus. Ia mengurangkan geseran antara air dan badan kapal selam dengan banyaknya, dan membenarkan kapal selam untuk bergerak lebih pantas berbanding kapal selam sebelumnya. Kapal selam USS Albacore merupakan kapal pertama mempunyai bentuk titisan air ( teardrop ). Dengan menggunakan kuasa yang dibekalkan oleh reaktor nuklear kapal selam moden mampu kekal di bawah air hampir sepenuh masa, dan timbul hanya apabila diperlukan.
Menara pada atas kapal selam mengandungi periskop dan layar eletronik (electronics mast), yang termasuk radio, radar, peperangan elektronik (electronic warfare), dan sistem lain. (Dalam kapal selam kelas berbentuk bot (lihat sejarah, di bawah), bilik kawalan, atau conn, terletak di dalam menara ini, yang dikenali sebagai menara conning. Bagaimanapun, semenjak itu bilik kawalan conn telah diletakkan dalam badan utama kapal, dan menara itu biasanya pada masa kini dikenali sebagai layar sail. Dalam fahaman lain, conning towerdatang dari bahasa Inggeris verb to con, yang bererti untuk mengemudi, menunjukkan kehadiran sistem navigasi dalam menara kawalan. Conn tidak patut dikelirukan dengan bridge, yang merupakan pelantar kecil pada puncak layar yang digunakan untuk pemerhatian mata kasar ketika berlayar di permukaan laut.
Kapal selam moden menggunakan sistem pemanduan inert ( Inertial guidance system ) untuk pemanduan semasa menyelam, bagaimanapun, ralat hanyut (drift error) meningkat menurut masa dan tidak dapat dielakkan. Untuk menangani masalah ini, sistem kedudukan sejagat (global positioning system) kadang-kala digunakan untuk mendapatkan kedudukan yang tepat. Periskop hanya digunakan sekali-sekala, kerana jarak penglihatan di bawah laut amat terhad.
Kapal selam ketenteraan biasanya mempunyai anak kapal melebihi seratus orang. Kerja mereka merupakan yang paling sukar dalam tentera laut, kerana mereka mesti bekerja secara terasing untuk tempoh masa yang panjang, tanpa hubungan dengan keluarga mereka, kerana kapal selam kebiasaannya mengekalkan senyap radio ( radio silence ) untuk mengelakkan dari dikesan. Mengendalikan kapal selam adalah merbahaya, walaupun pada waktu aman; banyak kapal selam telah tenggelam akibat kemalangan (lihat sejarah, di bawah).
Kapal selam telah pun lama digunakan, tetapi dengan pertukaran teknologi, peranannya telah berubah secara mendadak. Ciri-ciri utama kekal sukar dikesan, terselindung oleh lautan seluas berbatu-batu. Walaupun dengan sistem pengesanan moden, kapal selam masih mampu bergerak hampir tidak kelihatan.
No comments:
Post a Comment